Sunday, 1 September 2019

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN ALAT BERTULIS

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN ALAT BERTULIS
Disediakan oleh :
SITI NOOR HUSNA BINTI HARMAN
PPISMP SEM1 TESL2 2019

6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

 Proses menganalisis maklumat yang dikumpul merupakan pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas. Oleh yang demikian,
analisis hujah tersebut perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih.Menganalisis maklumat mempunyai banyak tujuan, antaranya adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman serta menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui. Terdapat dua kemahiran yang terlibat dalam Menganalisis Maklumat yang Dikumpul iaitu, menganalisis idea dan kedua, menganalisis hujah

  Maklumat yang dianalisis secara asasnya dikategorikan kepada dua: maklumat berbentuk kualitatif dan maklumat berbentuk kuantitatif. Maklumat kuantitatif disebutkan secara bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu jadual dan graf yang terbahagi kepada graf lengkung, graf bar dan piktograf. Maklumat kualitatif pula adalah maklumat atau data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar ataupun video

Berikut merupakan contoh-contoh maklumat kuantitatif:

Jadual :
Related image
Graf - lengkung, bar, pai dan piktograf :
Image result for graf lengkung
LENGKUNG

Image result for graf bar pengangkutan
BAR

Related image
PAI


Image result for graf piktograf
PIKTOGRAF

Berikut merupakan contoh-contoh maklumat kualitatif: 
Maklumat melalui video : 




Maklumat melalui temu bual :






6.2 MENTAFSIR MAKLUMAT & MEMBUAT KESIMPULAN

 Selepas mendapatkan maklumat,bermulalah proses mentafsir maklumat.Terdapat 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan atau maklumat yang diperoleh yang melibatkan maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya. Cara pertama adalah mentafsir teks. Di dalam pntaksiran teks individu perlu memberikan penerangan tentang pola dan perhubungan berdasarkan maklumat yang telah dibaca dan dikumpul atau memperihal secara bermakna daripada maklumat yang tersurat seterusnya mencari maksud yang tersirat di dalam teks tersebut. Seterusnya, mentafsir melalu foto, gambar, grafik atau lakaran. Cara yang terbaik untuk mentafsir cara sebegini ialah dengan mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak atau maklumat tertera yang disediakan.


Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir maklumat berdasarkan rajah :



Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun

Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi

Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan
strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27

Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.


 Setelah selesai melakukan pentafsiran ke atas maklumat yang diperoleh, bermulalah proses membuat kesimpulan Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Secara amnya,kesimpulan yang dibuat ke atas data bergambar lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan dan tafsiran yang telah dilakukan. Ini bermakna, kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana memerlukan tafsiran yang mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.

 Proses yang terakhir dalam memproses maklumat ialah proses  menilai maklumat.
Terdapat dua perrkara penting dalam menilai maklumat . Antaranya, menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan. Seterusnya, penilaian hendaklah dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara berkaitan maklumat itu tepat, berkesan, relevan atau memuaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah , pertama, autoriti atau kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh. Foktor kedua adalah ketepatan maklumat. Maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca. Ketiga, saksama iaitu bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah dan memenuhi objektif pembaca. Keempat, mengikut nilai semasa atau dalam kata lainnya, maklumat yang terkini. Faktor yangbterakhir adalah maklumat tersebut hendaklah lengkap dan jelas dalam memberikan gambaran dan mengenai sesuatu isu. Dalam proses ini ada kalanya perlu menilai maklumat dalam bentuk penulisan dengan cara membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.

6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS 

 Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi. Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan atau mencampurkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh. Sintesis juga dapat diertikan dengan menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea untuk menghasilkan bahan bertulis yang terbaik, lengkap dan berkualiti.

Rujukan :
1. http://khaizireen.blogspot.com/?m=1
2. https://www.google.com/amp/s/nychiuyee.wordpress.com/2018/09/21/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat/amp/

PENYESUAIAN SOSIAL

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
PENYESUAIAN SOSIAL
Disediakan oleh :
NUR SYAHIRA BINTI MOHD ZULKEFLI
PPISMP SEM1 TESL2 2019

Penyesuaian sosial ialah proses adaptasi yang berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian sosial juga merupakan keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.







1.0 KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran interpersonal? Kemahiran interpersonal merupakan kemahiran antara perseorangan. Selain itu, kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.



     Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.  Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.



Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah pelajar boleh menyimpan jurnal atau diari unuk menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran serta menilai kerja sendiri. Selain itu, mereka juga boleh mengisi borang dan menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami untuk menghuraikan kekuatan atau kelemahan sendiri.

2.0 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
  Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat atau idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.  Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif dan memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.

3.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
a)    Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
b)    Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
c)    Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.

a. BLOG
Pengunaan blog  membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber maklumat internet dan meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran serta membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen. Selain itu, blog merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.

b. TWITTER
Twitter merupakan siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas. Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms. Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.




4.0 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan. Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada. Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang). Tujuannya adalah untuk membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. Selain itu, meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya. Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.  Wanita perlu diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti kerana wanita terbukti  telah berjaya mendominasi sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai contohnya, kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita. Menurut  Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.   

       

   




SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
Disediakan oleh :
NADHIRAH BINTI RAMLEY
PPISMP SEM1 TESL2 2019

Apakah itu Sistem Pengurusan Pembelajaran?
Sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) ialah sebuah aplikasi perisian yang digunakan untuk membantu dalam pentadbiran, kelas serta aktiviti dalam talian, dokumentasi dan laporan program latihan serta program e-pembelajaran dan kadar latihan.

LMS ialah istilah yang digunakan bagi sistem yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk pelajar, guru, pensyarah atau pentadbir sistem di sekolah, universiti, kolej atau institut.
Antara ciri LMS ini termasuklah :




Selain itu, ciri LMS yang lain juga termasuklah :

vMemusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran
v  Memasang dan menyampaikan isi pembelajaran dengan tepat dan cepat
v  Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web
v  Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual
v  Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid
v  Menyediakan kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang tertentu untuk memberi nasihat akademik
v  Mempunyai peluang untuk berbincang serta berkongsi maklumat dengan pensyarah atau pakar yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan dengan hanya menggunakan emel

KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT (LMS)

LMS secara umumnya digunakan untuk menyeragamkan usaha pentadbiran, memudahkan dan memastikan anggota kakitangan menerima latihan yang sesuai dalam membantu menguruskan bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan pelbagai sumber yang diperlukan untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.

Kegunaan LMS secara meluas juga bertujuan untuk memudahkan penyampaian serta penghantaran maklumat secara atas talian, meningkatkan jumlah maklum balas yang diterima untuk memperbaiki hasil agar menjadi lebih baik dan digunakan untuk meningkatkan tahap komunikasi pelajar iaitu digunakan sebagai medan perbincangan kumpulan.

Rumusannya, antara kegunaan LMS ini kepada sesebuah institusi atau individu termasuklah:
Dapat memudahkan pembelajaran secara online, dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem untuk memudahkan proses rujukan, membantu dalam menyemak semula dan melaporkan status semasa program latihan sesebuah organisasi, dapat menyelaraskan pentadbiran sesuatu program disamping dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara contohnya penjimatan dalam kos e-pembelajaran dan membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah dan dapat membantu dalam mengakses bahan pembelajaran dengan lebih efektif.

KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT (LMS)

Sistem pengurusan maklumat yang sistematik dan up-to-date amat memainkan peranan penting dalam sistem pembelajaran masa kini. Oleh itu, pelaksanaan LMS ini telah banyak mendatangkan kepentingan atau kebaikan kepada para pelajar khususnya dalam pembelajaran. Secara rumusannya, antara kepentingan LMS dalam pembelajaran pelajar dan pelaksanaan tugasan harian termasuklah dapat :



Untuk kefahaman yang lebih lanjut, sila rujuk link dibawah.
Video tentang Penggunaan LMS  :

RUJUKAN :
  • 1)    Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2015. Kemahiran Belajar. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
  • 2)    Atikishak, 2015. Sistem Pengurusan Pembelajaran. Retrieved from