KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN ALAT BERTULIS
Disediakan oleh :
SITI NOOR HUSNA BINTI HARMAN
PPISMP SEM1 TESL2 2019
6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Proses menganalisis maklumat yang dikumpul merupakan pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas. Oleh yang demikian,
analisis hujah tersebut perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih.Menganalisis maklumat mempunyai banyak tujuan, antaranya adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman serta menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui. Terdapat dua kemahiran yang terlibat dalam Menganalisis Maklumat yang Dikumpul iaitu, menganalisis idea dan kedua, menganalisis hujah
Maklumat yang dianalisis secara asasnya dikategorikan kepada dua: maklumat berbentuk kualitatif dan maklumat berbentuk kuantitatif. Maklumat kuantitatif disebutkan secara bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu jadual dan graf yang terbahagi kepada graf lengkung, graf bar dan piktograf. Maklumat kualitatif pula adalah maklumat atau data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar ataupun video
Berikut merupakan contoh-contoh maklumat kuantitatif:
Jadual :
LENGKUNG
BAR
PAI
PIKTOGRAF
Berikut merupakan contoh-contoh maklumat kualitatif:
Maklumat melalui video :
Maklumat melalui temu bual :
6.2 MENTAFSIR MAKLUMAT & MEMBUAT KESIMPULAN
Selepas mendapatkan maklumat,bermulalah proses mentafsir maklumat.Terdapat 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan atau maklumat yang diperoleh yang melibatkan maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya. Cara pertama adalah mentafsir teks. Di dalam pntaksiran teks individu perlu memberikan penerangan tentang pola dan perhubungan berdasarkan maklumat yang telah dibaca dan dikumpul atau memperihal secara bermakna daripada maklumat yang tersurat seterusnya mencari maksud yang tersirat di dalam teks tersebut. Seterusnya, mentafsir melalu foto, gambar, grafik atau lakaran. Cara yang terbaik untuk mentafsir cara sebegini ialah dengan mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak atau maklumat tertera yang disediakan.
Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir maklumat berdasarkan rajah :
Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun
Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi
Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan
strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27
Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.
Setelah selesai melakukan pentafsiran ke atas maklumat yang diperoleh, bermulalah proses membuat kesimpulan Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Secara amnya,kesimpulan yang dibuat ke atas data bergambar lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan dan tafsiran yang telah dilakukan. Ini bermakna, kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana memerlukan tafsiran yang mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
Proses yang terakhir dalam memproses maklumat ialah proses menilai maklumat.
Terdapat dua perrkara penting dalam menilai maklumat . Antaranya, menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan. Seterusnya, penilaian hendaklah dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara berkaitan maklumat itu tepat, berkesan, relevan atau memuaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah , pertama, autoriti atau kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh. Foktor kedua adalah ketepatan maklumat. Maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca. Ketiga, saksama iaitu bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah dan memenuhi objektif pembaca. Keempat, mengikut nilai semasa atau dalam kata lainnya, maklumat yang terkini. Faktor yangbterakhir adalah maklumat tersebut hendaklah lengkap dan jelas dalam memberikan gambaran dan mengenai sesuatu isu. Dalam proses ini ada kalanya perlu menilai maklumat dalam bentuk penulisan dengan cara membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.
6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi. Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan atau mencampurkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh. Sintesis juga dapat diertikan dengan menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea untuk menghasilkan bahan bertulis yang terbaik, lengkap dan berkualiti.
Rujukan :
1. http://khaizireen.blogspot.com/?m=1
2. https://www.google.com/amp/s/nychiuyee.wordpress.com/2018/09/21/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat/amp/
Menarik, ringkas & padat. Pada pendapat saya, mungkin saudari boleh tambahkan sedikit sumber lain seperti video atau slide sebagai rujukan untuk lebih difahami.
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan saudari! Setelah saya mengemas kini penerangan saya, saya harap saudari dapat memahami dengan lebih jelas lagi
DeleteSaya ada sedikit pertanyaan dalam topik menganalisis maklumat tersebut, bagaimanakah kita dapat meningkatkan pemahaman dengan cara menganalisis maklumat? Adakah dengan mengolahkannya ke dalam bentuk grafik seperti graf dan jadual sebenarnya membantu atau saudari mempunyai cadangan tentang cara lain yang lebih berkesan?
ReplyDeleteDalam proses menganalisis maklumat ini, pelajar boleh meningkatkan pemahaman masing-masing untuk maklumat yang menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan individu tersebut. Setelah saudari menganalis data, saudari boleh membina pemahaman saudari melalui pengurusan grafik, alat berfikir ataupun menggunakan teknik penyoalan sokratik sekaligus memudahkan saudari melakukan proses mentafsir maklumat
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian saudari. Mungkin selepas ini, para pelajar boleh lebih memahaminya dengan menggunakan alat berfikir tersebut untuk menganalisis data.
Delete