Sunday, 1 September 2019

PENYESUAIAN SOSIAL

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
PENYESUAIAN SOSIAL
Disediakan oleh :
NUR SYAHIRA BINTI MOHD ZULKEFLI
PPISMP SEM1 TESL2 2019

Penyesuaian sosial ialah proses adaptasi yang berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian sosial juga merupakan keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.







1.0 KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran interpersonal? Kemahiran interpersonal merupakan kemahiran antara perseorangan. Selain itu, kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.



     Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.  Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.



Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah pelajar boleh menyimpan jurnal atau diari unuk menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran serta menilai kerja sendiri. Selain itu, mereka juga boleh mengisi borang dan menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami untuk menghuraikan kekuatan atau kelemahan sendiri.

2.0 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
  Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat atau idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.  Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif dan memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.

3.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
a)    Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
b)    Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
c)    Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.

a. BLOG
Pengunaan blog  membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber maklumat internet dan meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran serta membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen. Selain itu, blog merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.

b. TWITTER
Twitter merupakan siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas. Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms. Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.




4.0 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan. Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada. Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang). Tujuannya adalah untuk membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. Selain itu, meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya. Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.  Wanita perlu diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti kerana wanita terbukti  telah berjaya mendominasi sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai contohnya, kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita. Menurut  Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.   

       

   




3 comments:

  1. pengolahan yang menarik dengan bantuan alat berfikir seperti peta minda tersebut tetapi mungkin lebih mudah untuk topik ini difahami jika disertakan dengan video.

    ReplyDelete
  2. Melalui perkongsian saudari, mengapakah isu gender juga diketengahkan dalam kecemerlangan akademik? Benar jika dikaji, kita dapat perhatikan bahawa kecemerlangan dalam pendidikan didominasi oleh wanita tetapi apakah faktornya?

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik . Saudari ada mengatakan bahawa pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Persoalan saya, bagaimana penyesuaian sosial dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar?

    ReplyDelete