GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
Disediakan oleh :
NADHIRAH BINTI RAMLEY
PPISMP SEM1 TESL2 2019
Disediakan oleh :
NADHIRAH BINTI RAMLEY
PPISMP SEM1 TESL2 2019
Apakah itu Sistem Pengurusan Pembelajaran?
Sistem
pengurusan pembelajaran atau Learning
Management System (LMS) ialah sebuah aplikasi perisian yang digunakan untuk
membantu dalam pentadbiran, kelas serta aktiviti dalam talian, dokumentasi dan
laporan program latihan serta program e-pembelajaran dan kadar latihan.
LMS ialah
istilah yang digunakan bagi sistem yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran
secara atas talian untuk pelajar, guru, pensyarah atau pentadbir sistem di
sekolah, universiti, kolej atau institut.
Antara ciri LMS
ini termasuklah :
Selain itu,
ciri LMS yang lain juga termasuklah :
vMemusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran
v Memasang dan menyampaikan isi pembelajaran dengan tepat dan cepat
v Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web
v Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual
v Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid
v Menyediakan kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang tertentu untuk memberi nasihat akademik
v Mempunyai peluang untuk berbincang serta berkongsi maklumat dengan pensyarah atau pakar yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan dengan hanya menggunakan emel
KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
(LMS)
LMS secara
umumnya digunakan untuk menyeragamkan usaha pentadbiran, memudahkan dan
memastikan anggota kakitangan menerima latihan yang sesuai dalam membantu menguruskan
bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan pelbagai sumber yang diperlukan
untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.
Kegunaan LMS
secara meluas juga bertujuan untuk memudahkan penyampaian serta penghantaran
maklumat secara atas talian, meningkatkan jumlah maklum balas yang diterima
untuk memperbaiki hasil agar menjadi lebih baik dan digunakan untuk
meningkatkan tahap komunikasi pelajar iaitu digunakan sebagai medan
perbincangan kumpulan.
Rumusannya,
antara kegunaan LMS ini kepada sesebuah institusi atau individu termasuklah:
Dapat memudahkan
pembelajaran secara online, dapat menggabungkan
kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem untuk memudahkan proses rujukan, membantu dalam menyemak
semula dan melaporkan status semasa program latihan sesebuah organisasi, dapat menyelaraskan
pentadbiran sesuatu program disamping dapat mengurangkan kos latihan melalui
pelbagai cara contohnya penjimatan dalam kos e-pembelajaran dan membolehkan
pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah dan dapat membantu dalam
mengakses bahan pembelajaran dengan lebih efektif.
KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN
MAKLUMAT (LMS)
Sistem
pengurusan maklumat yang sistematik dan up-to-date amat memainkan peranan
penting dalam sistem pembelajaran masa kini. Oleh itu, pelaksanaan LMS ini
telah banyak mendatangkan kepentingan atau kebaikan kepada para pelajar
khususnya dalam pembelajaran. Secara rumusannya, antara kepentingan LMS dalam
pembelajaran pelajar dan pelaksanaan tugasan harian termasuklah dapat :
Untuk kefahaman yang lebih lanjut, sila rujuk link dibawah.
Video tentang Penggunaan LMS :
RUJUKAN :
- 1) Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2015. Kemahiran Belajar. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
- 2) Atikishak, 2015. Sistem Pengurusan Pembelajaran. Retrieved from
Penggunaan alat berfikir yang kreatif dan mudah difahami.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang diberi. Mungkin saudari mempunyai cadangan untuk penambahbaikan mengenai topik ini ?
DeletePenerangan yang bermakna! Saya dapat mengetahui dengan LMS, pelajar dan pensyarah dapat mengambil banyak faedah daripada aplikasi tersebut kerana selain meningkatkan semangat pelajar untuk belajar, LMS juga dapat meningkatkan kecekapan guru dalam pengurusan organisasi. Adakah saudari bersetuju dengan pendapat saya ?
ReplyDeleteTerima kasih. Benar sekali, saya sangat setuju dengan pendapat saudari kerana LMS ini banyak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran & interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Tambahan pula, LMS ini selaras dengan sistem pendidikan abad ke-21.
Delete