Showing posts with label by NADHIRAH RAMLEY. Show all posts
Showing posts with label by NADHIRAH RAMLEY. Show all posts

Sunday, 1 September 2019

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
Disediakan oleh :
NADHIRAH BINTI RAMLEY
PPISMP SEM1 TESL2 2019

Apakah itu Sistem Pengurusan Pembelajaran?
Sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) ialah sebuah aplikasi perisian yang digunakan untuk membantu dalam pentadbiran, kelas serta aktiviti dalam talian, dokumentasi dan laporan program latihan serta program e-pembelajaran dan kadar latihan.

LMS ialah istilah yang digunakan bagi sistem yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk pelajar, guru, pensyarah atau pentadbir sistem di sekolah, universiti, kolej atau institut.
Antara ciri LMS ini termasuklah :




Selain itu, ciri LMS yang lain juga termasuklah :

vMemusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran
v  Memasang dan menyampaikan isi pembelajaran dengan tepat dan cepat
v  Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web
v  Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual
v  Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid
v  Menyediakan kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang tertentu untuk memberi nasihat akademik
v  Mempunyai peluang untuk berbincang serta berkongsi maklumat dengan pensyarah atau pakar yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan dengan hanya menggunakan emel

KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT (LMS)

LMS secara umumnya digunakan untuk menyeragamkan usaha pentadbiran, memudahkan dan memastikan anggota kakitangan menerima latihan yang sesuai dalam membantu menguruskan bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan pelbagai sumber yang diperlukan untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.

Kegunaan LMS secara meluas juga bertujuan untuk memudahkan penyampaian serta penghantaran maklumat secara atas talian, meningkatkan jumlah maklum balas yang diterima untuk memperbaiki hasil agar menjadi lebih baik dan digunakan untuk meningkatkan tahap komunikasi pelajar iaitu digunakan sebagai medan perbincangan kumpulan.

Rumusannya, antara kegunaan LMS ini kepada sesebuah institusi atau individu termasuklah:
Dapat memudahkan pembelajaran secara online, dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem untuk memudahkan proses rujukan, membantu dalam menyemak semula dan melaporkan status semasa program latihan sesebuah organisasi, dapat menyelaraskan pentadbiran sesuatu program disamping dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara contohnya penjimatan dalam kos e-pembelajaran dan membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah dan dapat membantu dalam mengakses bahan pembelajaran dengan lebih efektif.

KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT (LMS)

Sistem pengurusan maklumat yang sistematik dan up-to-date amat memainkan peranan penting dalam sistem pembelajaran masa kini. Oleh itu, pelaksanaan LMS ini telah banyak mendatangkan kepentingan atau kebaikan kepada para pelajar khususnya dalam pembelajaran. Secara rumusannya, antara kepentingan LMS dalam pembelajaran pelajar dan pelaksanaan tugasan harian termasuklah dapat :



Untuk kefahaman yang lebih lanjut, sila rujuk link dibawah.
Video tentang Penggunaan LMS  :

RUJUKAN :
  • 1)    Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2015. Kemahiran Belajar. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
  • 2)    Atikishak, 2015. Sistem Pengurusan Pembelajaran. Retrieved from